JELASKAN SECARA TERPERINCI RIWAYAT HIDUP AL-KHAWARIZMI

JELASKAN SECARA TERPERINCI RIWAYAT HIDUP
AL-KHAWARIZMI, KITAB-KITAB TULISANNYA SERTA
SUMBANGAN BELIAU KEPADA TAMADUN ISLAM.

NAMA
SITI NURUL ATIKA BINTI ABU BAKAR

NO.PELAJAR
2017882604

PROGRAM
DIPLOMA PENGURUSAN PERNIAGAAN

KOD PROGRAM
CTU151

Pensyarah
SOFHAN JAMIELA BINTI ROSLI

Institut Pendidikan NEO
Universiti Teknologi Mara

ISI KANDUNGAN

Pengenalan 1
Latar Belakang 2
Keperibadian 3
Pendidikan 4
Peranan & Sumbangan 5
Hasil Karya al-Khawarizm 6
Ketokohan 7
Kesimpulan 8
Rumusan 9-10
Bibliografi 11

PENGENALAN

Nama : Muhammad ibn M?s? al-Khw?rizm?
Gelaran : Al-Khawarizmi
Lahir : ~ 780
Wafat : ~ 850
Etnik : Parsi
Bidang : Matematik
Idea utama : Algebra
Pengaruh : Abu Kamil1

1

LATAR BELAKANG AL-KHAWARIZMI

Nama sebenar al-Khawarizmi ialah Abu Abdullah Muhammad bin Musa al-
Kharizmi.Beliau juga dikenali sebagai Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad Bin
Yusof.Beliau dilahirkan di Bukhara,tetapi ada pendapat mengatakan beliau hidup sekitar
tahun 9M dan menegaskan beliau di Khwarizm pada tahun 194H780M yang kini dikenali
sebagai Kheva,selatan Laut Aral,Uzbekistan. Gelaran al-Khawarizmi juga diberi sempena
sebuah tempat bernama Kath dimana beliau dilahirkan tetapi Kath itu telah lenyap akibat
ditenggelami pasir.Kehidupan zaman kanak-kanak beliau kurang diketahui tetapi ada
pendapat mengatakan beliau telah di bawa ke Baghdad semasa kecil oleh ibu bapanya.
Di Barat beliau dikenali sebagai al-Khawarizmi,al-Cowarizmi,al-Ahawizmi,
al-Karismi,al-Goritmi,al-Gorismi dan beberapa nama lagi.Di Perancis pula al-Gorism muncul
sebagai Augryam atau Angrism dan di Negara Inggeris pula beliau dikenali sebagai Aurym
atau Augrim.Pada tahun 780M sehingga 850M adalah zaman kegemilangan al-Khawarizmi
di kalangan ahli-ahli sains dan beliau juga merupakan seorang ahli sains islam yang terulung
dalam bidang ilmu matematik.al-Khawarizmi juga merupakan seorang ahli astronomi dan
geografi yang sangat terkenal pada zaman itu.

.

2

PERIBADI AL-KHAWARIZMI

G.Sarton pernah menyatakan dan telah membuktikan bahawa”pencapaian-pencapaian
yang tertinggi telah diperolehi oleh orang-orang Timur…”Maka termasuklah al-Khawarizmi
itu sendiri.Oleh itu keperibadian al-Khawarizmi telah diperakui oleh orang-orang Islam dan
juga orang Barat sebagai sarjana matematik yang masyur.
Al-Khawarizmi juga adalah seorang sarjana yang pintar dan beliau mempunyai sifat
keperibadian yang disanjung tinggi oleh orang islam dan diperkukuhkan lagi oleh kata-kata
Wiedman ”Khawarizmi mempunyai personaliti yang teguh dan seorang yang bergeliga
sains’.

3

PENDIDIKAN

Sewaktu umur 6 tahun al-Khawarizmi telah memasuki kitab (sekolah rendah),beliau
belajar membaca,menulis,menghafaz al-Quran dan juga mempelajari asas ‘Ulum as-Syariah
di peringkat madrasah (Sekolah menengah),beliau juga berminat mempelajari ‘ulum al-
Abdiah (ilmu-ilmu dalam bidang sastera) dan juga ‘Ulum ar-Riyadhiah (ilmu-ilmu bidang
matematik,al-Gebra dan Geometri).Minat beliau dalam bidang tersebut membuatkan beliau
menjadi terkenal,seta Khalifah al-Makmun telah meminta beliau untuk menulis sebuah buku
yang berkaitan ilmu tersebut untuk dijadikan bahan rujukan untuk umat islam.
Dalam pengenalan sebuah buku matematik karangannya,beliau menyebut:
“Suatu masa Amirul Mukminin,Khalifah al-Makmun telah menggesa saya supaya
menulis buku-buku yang berkaitan dengan ilmu algebra,geometri dan menghalusi
masalah yang berkaitan dengan matematik kerana masyarakat sangat memerlukannya
bagi menyelesaikan banyak masalah yang berkaitan dengan pembahagian
pusaka,wasiat juga perkara-perkara lain yang berkaitan dengan perniagaan,penentuan
keluasan tanah dan lain-lain hal yang berkaitan dengan kehidupan umat yang semakin
maju.Saya dahulukannya dengan niat yang ikhlas serta berharap harapan baginda itu
dapat saya tunaikan.Dengan berkat doa daripada baginda,orang yang dikurnia Allah
s.w.t nikmat serta pangkat yang tinggi dan dengan taufiq dan hidayah daripada
Allah,saya bertawakal untuk menulis buku ini.”
Dalam pendidikan al-Khawarizmi telah membuktikan bahawa beliau seorang tokoh
islam yang berpengetahuan luas dan berkemahiran bukan sahaja dalam bidang syariat tetapi
juga dalam bidang falsafah,logik, aritmetik, geometri,muzik,kejuruteraan,sejarah islam dan
kimia.Semasa al-Khawarizmi sebagai guru di Eropah beliau telah menciptakan pemakaian
Secans dan Tangens dalam sebuah penyelidikan trigonometri dan astronomi.Semasa usia
beliau yang masih muda telah bekerja dibawah pemerintahan khalifah al-Makmum,Byat al-
Hikmah di Baghdad dalam sebuah abservatory iaitu tempat untuk mendalami ilmu matematik
dan juga astronomi.Beliau juga telah memimpin perpustakaan khalifah.
Al-Khawarizmi juga pernah memperkenalkan angka-angka india dan cara-cara
perkiraan india pada dunia islam.al-Khawarizmi juga seorang penulis Ensikloppedia Pelbagai
Disiplin.Beliau juga adalah seorang tokoh yang mula-mula mengenalkan aljabar dan ilmu
hisab.Ada banyak lagi ilmu pengetahuan yang beliau pelajari dalam bidang matematik dan
beliau juga telah meghasilkan konsep-konsep matematik yang sangat popular diguna pakai
sehingga kini.

4

PERANAN & SUMBANGAN

al-Khawarizmi telah berjasa dalam bidang falak yang agung pada zaman
pemerintahan Khalifah al-Ma’mun, Bani Abbasiyah di Baghdad. Beliau juga telah dinobatkan
sebagai Ahli Falak Diraja di atas sumbangan dan kajian yang telah beliau lakukan.
Di antara sumbangan beliau adalah membuat penyemakan dan memperkemaskan
semula ilmu astronomi pada masa itu dan memperbetulkan pelbagai pandangan Ptolemy.
Beliau juga telah menghasilkan sebuah peta dunia pertama yang telah diterokai pada zaman
itu. Beliau juga telah menghitung isipadu dan ukurlilit bumi, mencipta alat penentu
kedudukan bintang, sukatan masa dan jam matahari.
Selain bidang falak, Al-Khawarizmi juga adalah seorang ahli matematik yang agung.
Beliau telah merintis algebra (arithmatic), penggunaan angka sifar dan perpuluhan, fungsi
sinus dan tangen, ungkapan quadratik secara geometri dan trigonometri.Keseluruhan system
nombor angka,algorithm atau algorism memperolehi selepas orang arab bangunkan.al-
Khawarizm telah menetapkan kaedah yang lebih mudah untuk difahami dan ringkas dengan
memulakan konsep angka yang yang bermula dari satu,iaitu 1,2,3,4,5,6,7,8,9,0 dan beliau
juga telah memperkenalkan konsep perpuluhan iaitu meletakkan 0(sifir) atau angka selepas 9
serta konsep gandaan seperti 2 kali sepuluh sama dengan dua puluh(2×10=20) dan
seterusnya.Dengan memeperkenalkan konsep tersebut dapat menyelesaikan banyak masalah
dalam matematik terutama dalam masyarakat orang Barat pada ketika itu menggunakan
konsep roman seperti i,ii,iii,iv dan seterusnya.
Dalam usaha al-Khawarizm untuk perkenalkan sistem angka india yang kini dikenali
angka arab,beliau telah membangunkan beberapa prosedur pengiraan termasuk operasi dan
juga pecahan.Kemudian sistem itu telah diperkenalkan kali pertama oleh bangsa arab kepada
orang Barat yang dimana hasil kerja beliau telah diterjemahkan pula di dalam bahasa Eropah.

5

HASIL KARYA-KARYA AL-KHAWARIZM

Di antara karangan beliau adalah Kitab at-Tarikh (falak), Kitab al-Rukhmat(falak),
Istkhraj Tarikh al-Yahudi (falak), Kitab Surat al-Ard (falak-geografi), Hisab al-Jabr wal
Muqabalah (matematik) dan juga Kitab al-Jam’a bil Hisab al-Hindi (arithmatic).

Hasil daripada karya beliau dalam ilmu falak juga telah diterjemahkan ke dalam
bahasa Eropah dan kemudian ke dalam bahasa Cina. Buku geografi beliau Kitab Surat-al-Ard
bersama-sama peta lakarannya juga telah diterjemahkan. Selain itu juga,beliau turut menulis
kalendar Yahudi, Istikhraj Tarikh al-Yahud.Selain itu beliau juga telah menulis Kitab al-
Tarikh dan buku mengenai alat yang menunjukkan waktu dengan bayangan matahari dikenali
Kitab al-Rukhmat. Malangnya kedua-dua buku itu telah hilang.

Pengaruh al-Khawarizmi dalam memperkembangkan ilmu sains khususnya
matematik, astronomi dan geografi kini menjadi lakaran sejarah.Serta buku-buku beliau turut
menjadi buku teks di beberapa universiti sehingga kurun ke-16.

6

KETOKOHAN AL-KHAWARIZM

Setiap tokoh mempunyai sifat ketokohan yang tersendiri. Ketokohan al-Khawarizmi
boleh dilihat melalui dua sudut iaitu daripada bidang matematik dan juga bidang astronomi.
Namun dalam bidang matematik akan lebih diperjelaskan secara terperinci berbanding
astronomi kerana ia melibatkan kajian yang dikaji.

Dalam bidang matematik, al-Khawarizmi telah memperkenalkan algebra dan ilmu
hisab.Ketika zaman tamadun islam beliau banyak menghasilkan karya-karya yang masyhur.
Karya-karya yang beliau hasilkan ialah ‘Mafatih al-Ulum’, Sistem nombor adalah salah satu
sumbangan beliau yang telah digunakan pada zaman tamadun Islam.Banyak kaedah yang
beliau perkenalkan dalam setiap karya yang dihasilkan. Antaranya ialah kos, sin dan tan
dalam trigonometri penyelesaian persamaan, teorem segitiga sama juga segitiga sama kaki
dan juga mengira luas segitiga, segi empat selari dan bulatan dalam geometri.Beliau juga
memperkenalkan masalah pecahan dan sifat nombor perdana serta teori nombor. Banyak
konsep dalam matematik yang telah diperkenalkan oleh beliau sendiri.

Pada zaman tamadun islam juga beliau dikenali dalam bidang Astronomi.Astronomi
dapat ditakrifkan sebagai ilmu falaq pengetahuan tentang bintang-bintang yang melibatkan
kajian tentang kedudukan, pergerakan, dan pemikiran serta tafsiran yang berkaitan dengan
bintang. Seawal kurun ketiga lagi lagi, al-Khawarizmi telah menghasilkan dua buah karya
yang salah satunya telah diterjemahkan ke Bahasa Latin dan telah memberi pengaruh besar
ke atas orang islam dan orang Spanyol serta Kristian.Sebelum tamadun islam penggunaan
matematik dalam astronomi amat sedikit dan terhad. Pengetahuan matematik yang terhad
kepada pengguna aritmetik dan geometri sahaja kerana factor kemunduran pada zaman itu.

Selain Algebra, al-Khwarizmi juga telah menghasilkan beberapa kertas kerja
mengenai ilmu geografi dan menghasilkan tulisan yang bertajuk Kitaab surat al-Ard (Buku
tentang rupa muka bumi). Buku ini adalah rujukan dan versi pembetulan kertas kerja Ptolemy
tentang Georgafi.

7

KESIMPULAN

Mengikut matlamat islamTauhid adalah landasan falsafah matematik Islam
sepertimana dengan ilmu-ilmu Islam yang lain.Ayyatullah tanda-tanda Allah iaitu symbol
kebesaran, kewujudan dan keEsaan Tuhan dan juga ungkapan yang wujud sewajarnya
mencorakkan kegiatan matematik.Setiap falsafah dan epistemology sains matematik kita
tidak harus diterima bulat-bulat tanpa mengikut syarat.

Oleh itu juga,berdasarkan undang-undang yang mengenali tindak tanduk masyarakat,
Keharmonian serta tanggungjawab kepada umat dan hak diri.Dari sudut ini juga,ahli
matematik Islam yang cuba menyelesaikan masaalah yang melibatkan perbuatan hukum
syariah seperti judi, riba dan mencabar kebenaran hakiki daripada agama samawi untuk
memperkukuhkan lagi Institusi. Oleh sebab itu,matematik Islam hendaklah berkembang
selari dengan keperluan manusia dan perkembangan ini juga harus di dalam sudut syariah.

Dalam konteks ini juga,ciri-ciri akhlak mulia juga hendaklah disemaikan kedalam
matematik dan ia perlu dimasukkan kedalam ilmu-ilmu Islam yang lain agar manusia dapat
menerapkan nilai-nilai murni.Ilmu yang dipelajari contohnya akhlak yang terdapat dalam
bidang matematik ini adalah penemuan algebra yang melambangkan keadilan. Ini kerana
keadilan itu dituntut oleh agama Islam itu sendiri.Melalui asas pradigma tauhid dan sya’iyah
itu dapat memperkukuhkan lagi pembinaan akhlak.

8

RUMUSAN

Al-Khwarizmi dari Apollo 16. Gambar NASA
Koordinat : 7.1°N 106.4°E
Diameter : 65 km
Kedalaman : Tidak diketahui
Colongitude : 254° pada fajar
Eponim : Al-Khawarizmi

Kawah Al-Khwarizmi ialah sebuah kawah hentaman qamari yang terletak di sebelah jauh
Bulan. Ia berada di tenggara kawah Moiseev, dan timur laut kawah Saenger.
Dinding dalam sebelah barat of Al-Khwarizmi lebih lebar berbanding di sebelah timur.
sembir timur bertindih dengan sepasang kawah termasuk Al-Khawarizmi J. Dinding luar
agak herot sedikit dan mengandungi sembir berganda di bahagian selatan. terdapat sebuah
puncak kecil di tengah-tengah kawah dan puncak ini membentuk sebahagian permatang
rendah yang bengkok ke arah timur laut. Beberapa anak kawah yang kecil berada di bahagian
utara lantai kawah. Permukaan lantai di bahagian tenggara agak licin dan bebas daripada
hentaman besar.
Kawah ini dinamakan sempena ahli matematik dan ahli falak Muslim pada Zaman
Pertengahan, Abu Abdullah Mohammad Ibn Musa al-Khawarizmi.

9

Kawah satelit
Mengikut resam ciri-ciri ini dikenal pasti pada peta qamari dengan huruf di sisi pusat kawah
yang paling dekat dengan Al-Khawarizmi.

Al-Khwarizmi Latitud Longitud Diameter
B 9.0° U 107.4° TE 62 km
G 6.9° U 107.1° T 95 km
H 6.0° U 109.2° T 50 km
J 6.2° U 107.6° T 47 km
K 4.6° U 107.6° T 26 km
L 3.9° U 107.4° T 35 km
M 3.1° U 107.0° T 18 km
T 7.0° U 104.5° T 15 km

10

Bibliografi

1. http://www.muftimelaka.gov.my/~smkseksyen7/TokohAl-Khawarizmi.html

2. https://kemajuanummahblog.wordpress.com/2017/04/20/al-khawarizmi/

3. http://www.muftimelaka.gov.my/~sbpintergrasi/KumpulanB/site_lain/al_khawarizmi.
html

4. https://id.wikipedia.org/wiki/Mu%E1%B8%A5ammad_bin_M%C5%ABs%C4%81_a
l-Khaw%C4%81rizm%C4%AB

5. http://nuzulpermatailmu.blogspot.my/2012/05/al-khawarizmi-bapa-algebra.html

6. https://wikivisually.com/lang-ms/wiki/Kawah_Al-Khwarizmi

11